Wednesday, June 5, 2013

Cuti Tahunan 16 hari?!

Valid lagikah cuti tahunan sebanyak 16 hari untuk seorang yang sudah bekeluarga seperti aku.  Jawapan : TIDAK VALID.

Di company yang aku kerja skrg, cuti tahunan adalah sebanyak 26 hari.  Sebagai ibu kepada anak2 yang masih kecil, cuti aku banyak habis untuk sakit demam anak-anak.  Zaman sekarang, kalau demam saje, masuk hospital…kalau dah masuk tu jangan harap la sekejap2…paling cepat 3 hari.  Sejak kes my baby yaya awal tahun 2013, yang demam di bawak ke sepital dan di advise utk warded, but we refuse! Sbb tak nak amik cuti di awal tahun yg mulia. Tapi belum 24 hours, dia mengigil balik, & bawak ke hospital balik.. nah.. ambik kau..kena tahan 12 hari.. 2 days ward biasa… 10 days ICU.. Alhamdulilah yaya sangat sihat sekarang.

So back to main topic, kalau cuti sebanyak 16 hari?!

Cuti raya posa katakanlah minimum ambik 3 hari

Cuti raya haji katakanlah minimum ambik 2 hari

Cuti sepupu sepapat, adik ipar duai kawen katakanlah ambik 2 hari

Cuti emergency katakanlah 5 hari.. sape yg ada anak2 kecik, tak de maid..akan paham keperluan cuti emergency ni, anak batuk2, selsema…nursery pun x nasihat hantar okay… takut jangkit kat budak2 lain…. Tu belum masuk cuti emergency kereta problem ke….

Maka jadilah lah 12 hari….& ada saki baki 4 hari…. Tu belum kira kena ambik cuti hari report card day kat school anak2.

Hmmmmm cuti aku yang 26 hari ni pun, last year, masuk October cuti dah tinggal 0.

Tahun ni setakat hari ni, aku dah cuti 11 hari. Bercuti obersea 5 hari, yang lain2 was emergency leave.  Tahun ni saje anak aku masuk ward dua kali, 1st yaya, 2nd kakak.  Ada 6 bulan lagi sebelum year end.  Cuti raya belum ambik.

Kesimpulannya cuti 16 hari memang tidak sesuai lagi untuk diri aku. Sekian

4 comments:

Nurzulaikha Saifuddin said...

sedapnye

Norliana Abdul Rahman said...

meh jadik housewife.. hari2 cuti :p

suhana said...

nak jadi housewife!!!!

cikpuansue said...

nak jadi housewife!!!!