Tuesday, October 28, 2008

Sivaji : The Boss

27hb Oct, tengah2 layan my favourite not so reality tv show 'Keeping Up with the Kardashians' kat 712 (ntah kenapa sometimes aku rasa realiti show ni mcm berlakon ckit), husband tiba2 tertukar ke chanel TV2 with next show is Sivaji The Boss. Ayoyoyo.. aku tak boleh miss nie.... harus stay up tengok... kenapa aku nak tengok sangat? Sebab dengar cerita, Sivaji:The Boss ni phenomenan movie. Plus, aku ingat lagi tahun lepas masa aku pegi tengok cinema cerita ape ntah, org ramai sangat mostly India, sampaikan penuh berkampung bersila kat ruang beli tiket tu. Masa tu aku dok terpikir, apa lah cerita yang depa ni nak tengok sangat ni. Haa... Sivaji The Boss ni la... Menambahkan lagi keterujaan aku nak tau cerita ni mcm mana, bila bebudak kat ofis aku (Malays) sampaikan download cerita ni untuk tengok. Cerita ni kelakar bangat. Aku dan husband tak kering gusi bantai gelak. Tapi tak sempat tengok habis. Tepat 00:00.00 28 Oct 2008, husband ada buat suprise untuk aku. Birthday aku...dah tua rupanya aku.... Sivaji The Boss bersambung lepas Midnite News. Kami lak lepas makan-makan..dah ngantuk..terus tido. Esoknya, aku tgk status YM Masdiana (my 10 years friend) dia ada tulis pasal Sivaji:The Boss.. Rupanya bukan aku jer yang layan cerita tu. So aku pun tanya dia ending cerita tu mcm mana. Aku pun dah dapat agak ending nyer mcm tu. Kesimpulannya cerita ni, walaupun ada elemen2 tidak logik dan lawak merapu, cerita ni berkisar tentang perjuangan Sivaji untuk negara dan dunia. Menghapuskan kemiskinan penduduk, rasuah dan hipokrasi pihak atasan kerajaan. Aku suka tengok cinematography dan detail visualnyer. Apa yang pasti aku terhibur dengan lawak meraban cite ni.

Thanx to husband, for modern mumm gifts. I like..

Sunday, October 12, 2008

Selamat Hari Raya 2008

Last minute shoping raya di SACC Mall, Shah Alam pada 28 Sept 2008. Seingat saya, ini kali kedua saya keluar bulan ramadhan untuk shoping. Semenjak pregnant ni, weekend saya banyak dihabiskan dengan duduk di rumah baca buku, internet surfing, chatting atau pun tgk dvd. Saya rasa tak minat sangat nak jalan-jalan. Kalau keluar pun, cuma tengok wayang kat shopping complex yg jarak nya 5 minit jer dari rumah saya. Malam 28 Sept saya bertolak ke terengganu untuk pertama kali raya di sana. Sebelum tu kami berbuka di Nachos Nachos Dinner - SACC Mall. Ramai betol org hari tu, sampai kan Secret Recepi, Nandos Chicken n banyak restoren2 lain fully booked seawal pukul 6pm. Nasib baik Nachos belum full. Lepas berbuka dan solat margrib, kami layan show Nabil - Lu Pikirlah Sendiri! LIVE kat situ jugak.
Lebih kurang pukul 10pm bertolak ke terengganu. Perjalanan malam mcm tu menyebabkan kesihatan saya terjejas. Sampai sana pukul 3 lbh... Saya rasa sangat tidak selesa. Kepala rasa pening. Muntah-muntah makin menjadi. Esoknya kepala makin berat. Rasa susah nak bangun. Tapi kat rumah orang kena la bangun. Hehehe. Esoknya pegi klinik, doctor bagi ubat sakit kepala dan ubat batuk. Doctor kata ibu mengandung boleh ambil. Tapi saya rasa tak confident nak makan ubat tu. Sebab orang selalu cakap, ubat2 ni tak bagus sgt untuk ibu mengandung.
Hari Raya tiba, badan tak sihat, nak pegi mana2 pun, tak larat. (Tapi kena paksa pegi jugak.. Uwaaaa!) Dan yang paling tak best, saya tak leh makan mcm org2 lain, sebab asal makan jer.. Muntah.. Dan mungkin sebab saya teringatkan kampung saya. Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya beraya di tempat orang. Tentulah rasa sedih. Perasaan ni mungkin menyebabkan saya rasa makin lemah. Badan makin panas. Malam raya saya di hospital. Suhu badan saya 39.5C. Mujur tak kena tahan. Seminggu juga saya di Terengganu. Jika husband buat tawaran untuk balik ke kampung saya time ni pun, saya tak nak. Sebab saya hanya nak balik rumah sendiri dan berehat saja.
Balik KL, saya rehat puas2. Bila parents saya tahu saya tak sihat, mereka datang KL untuk menjengah saya. Demam dah pulih. Cuma batuk jer yang belum hilang. Mak saya jaga saya sepanjang dia di KL. Magiknya, hampir seminggu parents di KL, saya sihat dan tak muntah. Tapi bila saja diaorang balik.. Terus jadi tak sihat balik... Husband kata "Itu ngada-ngada namanya.."

Saturday, September 20, 2008

Anugerah CiptaanNya



"Ya Allah peliharalah kandunganku, sihatkanlah dia. Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, lahirkanlah dia dari kandunganku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat sempurna, berakal, pandai dan berjaya, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam. AMIN
"

Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah maha Pencipta. Pada 09/09/08 baru2 ini, untuk pertama kali, saya dan husband menyaksikan degupan jantungnya.

Sebelum ini saya buat checkup di salah sebuah klinik di Taipan. Untuk 4 kali visit, saya dan husband tidak berpuashati dengan pemeriksaan yang dibuat oleh doctor muda tersebut. Kenapa saya pilih klinik itu? Cadangan dari beberapa kawan dan jaraknya 5 minit saja dari rumah saya. Sebenarnya doctor yang dikatakan bagus di klinik ini, selalunya tidak bertugas terutamanya di bulan Ramadhan. Susah nak dapatkan waktunya. Jadi saya selalu terpaksa diperiksa oleh "doctor on duty". Doctor ini panggil saya "kakak" lagi. Saya rasa saya ni boleh dikategorikan sebagai muda.. hehehe...coz belum pun cecah 30.. kalau doctor tu boleh panggil saya kakak, maksudnya... Alahai mudanya doctor nie.. Luas sangat ker pengalaman dia mengenai "pragnancy"? Bagi ubat, consult cikit2.. Dan charges nya mahai pulak tu. Dah ler company saya dan husband tak cover pre-natal.

Kali terakhir di klinik taipan, esoknya husband saya membuat keputusan untuk tukar tempat follow up di Subang Jaya Medical Center (SJMC) dengan Dato' Doctor Siti Zaliha, Pakar Obstrecian/Gynaecology. She is a nice lady. Friendly. Sejak pertama kali checkup, saya dan husband dapat consultation yang baik. Dan macam-macam pemeriksaan doctor lakukan pada saya. Saya pun tak blur sangat dan pertama kali, saya dan husband dapat melihat degupan jantung baby ini. Berbanding di klinik sebelumnya, "doctor on duty" tu pulak tanya saya "akak nak scan tak?" "akak nak buat blood test tak?" Come on la.. This is my first baby, how do I know what are the procidures should be done on me? Must I decide for you, what have to do? Apapun apa yang lepas dah lepas, husband pun kerja kat SJMC dan saya pun InsyaAllah akan bersalin di SJMC, jadi eloklah terus saja buat follow up di sini.

Mencecah 3 bulan ini, saya mengalami beberapa ketidakselesaan.
1. Rasa loya dan muntah-muntah tidak kira masa dan tempat.
2. Tidak mampu berpuasa.
3. Hilang selera makan.
4. Mood yang tidak menentu (selalunya mood tak baik)
5. Mudah sensitif.
6. Sering mengantuk.
7. Semput.
8. Cepat rasa marah.
9. Cepat letih.
10. Tak mampu nak berjalan-jalan seperti biasa.

Namun, ini adalah lumrah yang perlu saya tempuhi. Datang bersama pakej baby ini. Alhamdulillah syukur kepada Nya. Syukur juga kerana husband memahami keadaan saya.

Sunday, August 24, 2008

Rezeki Allah S.W.T

Sesungguhnya rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk kepada semua makhluk di muka bumi ini seperti harta benda / wang ringgit, pekerjaan yang baik, pangkat yang baik, kesihatan yang baik, anak2 yang ramai dan pintar, kejayaan cemerlang dalam pembelajaran, kebahagiaan hidup berumah tangga dan bermacam lagi yang mungkin kita tidak nampak.

Mungkin sesetengah individu tidak dipilihNya untuk memiliki harta benda yang banyak, namun dikurniakanNya anak-anak yang ramai, soleh dan berjaya. Walau apa pun bentuk pemberianNya, jangan lah kita leka dan lupa untuk panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan janganlah kita takbur, riak, bangga diri serta syak wasangka kepada mereka yang tidak memiliki sesuatu yang kita ada. Sesungguhnya segalanya adalah pemberian dari Nya. Kadang-kadang rezeki ni didatangkan untuk menguji hambaNya. Fikir-fikirkahlah. Jangan kita pandang rendah dan hina pada orang yang mungkin belum mampu memiliki atau untuk berdiri sebaris dengan kita. Mungkin ada yang orang lain miliki tidak ada pada diri kita. Sesungguhnya itu semua adalah urusan dan ketentuanNya. Setiap sesuatu yang diberikan atau yang belum diberikan ada sebabnya dan ada hikmahnya yang kita tidak ketahui.

"Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Q.S At Thalaaq:3)