Thursday, May 16, 2013

Bapaku seorang guru, Selama Hari Guru (pantun 2 kerat ni)

Bapa ku seorang guru. Dah pencen pun pada 1999. So tahun ini sudah 14 tahun bapa ku pencen sebagai seorang guru. Pagi-pagi lagi orang pertama yang aku wish hari guru adalah untuk bapa ku. Aku sms, beliau reply “terima kasih, teringat hari guru 1977, menang hadiah novel RM500, tapi sayang sampai sekarang novel tu tidak dikeluarkan” Bapa aku seorang yang suka membaca dan menulis. Dia penah menghasilkan beberapa cerpen & novel dan ada 2 telah diterbitkan iaitu “ooooo ani sayang” dan “inah”. “OO ani sayang” aku tak penah baca sebab ejaan bahasa nya sangat lama…lagi pun buku tu agak usang…untuk orang yang malas membaca ni memang tak kan baca la…& buku satu lagi nama nya “Inah”. Yang ni lebih kepada cerpen kanak2….yg ni ejaan bahasa dah moden. Bapa aku ada buat satu novel lagi namanya “keretapi”. Novel ni la yang dia menang hadiah saguhati RM500 pada hari guru 1977, ketika tu umur bapa 33 tahun. Tapi sayang buku itu tak diterbitkan, dan bapaku tidak ada salinan transkrip novel tu. So karya dia hilang begitu sahaja. Bapa penah luah kan kekecewaannya itu di dalam surat khabar ruangan Forum Utusan.

Baca kat sini

Sempana Hari Guru, saya nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di dunia.  Dan guru terbaik yang pernah saya kenali adalah bapa sendiri iaitu cikgu Ahmad Bin Ibrahim. Hehehe angkat bapa sendiri.. tapi x pe kan....  bapa sangat rajin bekerja.. balik sekolah, banyak betol kerja bapak.  periksa buku, buat ABM, buat ringkasan.  Prepare untuk latihan untuk students.  Zaman bapa tak guna komputer. Semua buat manual.  Aku ingat lagi bapa guna carbon copy (apa ntah nama saintifiknya) dengan menggunakan pen yg tajam untuk buat soalan2 latihan untuk students dia.  kadang2 bapa guna type writer.  So rumah kami kalau malam dengar bunyi ketuk ketak typewriter tu adalah biasa.

Sempena Hari guru ini jugak, aku ucapkan terima kasih kepada guru anak-anak aku yang telah mengajar dan mendidik anak-anak aku.  Walaupun depa baru 3 & 4 tahun, guru2 mereka jugak wajar dihargai.  Sempena hari guru, aku belikan hadiah ini kepada 8 cikgu + pengetua anak-anak aku.
dah siap bungkus




SELAMAT HARI GURU. GURU ADALAH PEKERJAAN YANG MULIA. SEMOGA SEMUA GURU2 MENDAPAT REZEKI YANG BANYAK DARI ALLAH SWT.  AMIN




Tuesday, May 14, 2013

Petua Murah Rezeki dan Cepat Kaya



DOA MURAH REZEKI DAN CEPAT KAYA


"INNA HAAZA,LARIZQUNA MAA LAHU MIN NAFAD"


Saya ada ternampak doa ini di share kan di salah seorang fb friend saya. Ayat ke 54 dari surah Shad. Semoga Allah banyakkan rezeki kawan saya yang share informasi ini. Ia bagus diamalkan untuk mendapat rezeki dan untuk cepat kaya. Nawaitu untuk menerima rezeki itu haruslah baik seperti ingin mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, ingin memulia dan membahagiakan keluarga dan macam2 lagi niat yang mulia. Paling penting ingin mengeluarkan zakat dan membantu fakir miskin. Mari kita sama-sama amalkan. Lepas solat zikir subhanallah + allhuakbar + alhamdulilah + astagfirullah 33 kali. Lepas habis zikir, baca doa ini 33 kali jugak. Semoga terus dikongsikan dan menjadi amalan kita semua.

Sunday, May 12, 2013

Luahan Rasa Seorang Guru iaitu bapa saya


Berikut adalah luahan kekecewaan bapa ku di ruangan utusan Malaysia.  Aku kena simpan dalam blog aku sebagai kenangan.  Mana tau utusan dah delete archive artikel ni.
Source:

Rintihan hampa seorang guru

AHMAD IBRAHIM
Kuala Kedah, Kedah

Umum tahu 16 Mei setiap tahun adalah Hari Guru. Saya sendiri sudah 12 tahun bersara sebagai guru.

Saya teringat sambutan Hari Guru tahun 1977. Sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Tiga atau empat hari sebelum tarikh tersebut, saya menerima sepucuk telegram daripada Jawatankuasa Sayembara Mengarang Novel Hari Guru 1976, menjemput saya ke majlis penyampaian hadiah di Dewan Tunku Canselor kerana karya saya berjaya memenangi salah satu hadiah tersebut.

Walaupun saya hanya mendapat hadiah sagu hati, saya rasa amat gembira, berbaloi penat lelah saya selama lebih kurang enam bulan menghasilkan karya saya berjudul Keretapi. Sesuai dengan judul novel, saya membawa isteri dan anak yang ketika itu berusia lima tahun menaiki kereta api dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Apabila sampai ke Dewan Tunku Canselor, saya dan lima pemenang lagi disambut oleh seorang petugas. Dibisikkan kepada saya bahawa di kalangan pemenang sagu hati, novel Keretapi adalah yang terbaik. Malah dibisikkan ia dicadang dijadikan buku teks sastera tingkatan tiga.

Saya hanya tersenyum. Saya tidak yakin novel saya akan terpilih. Novel saya hanya novel kanak-kanak. Kisah dalam novel itu hanya kisah biasa sahaja. Lagipun saya seorang penulis yang langsung tidak dikenali. Ketika itu saya hanya menulis dua buah buku, sebuah novel kanak-kanak dan sebuah kumpulan cerpen kanak-kanak terbitan Saudara Sinaran Berhad Pulau Pinang terbitan tahun 1967, sepuluh tahun terdahulu dari tarikh Hari Guru 1977.

Pemenang-pemenang hadiah utama iaitu Saudara Baharudin CD, Abd. Talib Hassan dan Ibrahim Omar adalah penulis-penulis yang sudah terkenal pada masa itu. Novel Desa Pingitan karya Ibrahim Omar telah pun dijadikan teks Sastera tingkatan lima. Tentu novel-novel mereka lebih berpeluang menjadi buku teks sastera bagi kelas seperi tingkatan tiga. Cukuplah novel saya menjadi buku bacaan di perpustakaan sekolah, saya terfikir.

Hari itu kami menerima hadiah masing-masing daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran. Masa itu hadiah tidaklah besar, hadiah utama RM3,000, RM2,000 dan RM1,000. Pemenang hadiah saguhati hanya menerima RM500 sahaja. Saya rasa sangat gembira bukan kerana RM500 tetapi mengenangkan tak berapa lama lagi saya akan melihat novel Keretapi di kedai-kedai buku termasuklah melihat novel itu di perpustakaan di sekolah tempat saya mengajar.

Tidak berapa lama kemudian, novel-novel yang mendapat hadiah utama diterbitkan. Saya membeli ketiga-tiga buah novel tersebut. Saya menunggu penerbitan novel saya pula. Tunggu punya tunggu tidak juga diterbitkan. Saya menulis di akhbar Utusan Malaysia, bertanyakan hal ini tetapi tidak mendapat reaksi dari mana-mana pihak. Saya amat kecewa.

Kemudian, saya menyertai Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya tidak memenangi sebarang hadiah. Saya berasa sedikit terkejut apabila DBP menghubungi saya mengatakan bahawa pihak DBP akan menerbitkan novel saya berjudul Cahaya dengan sedikit pindaan.

Saya tersenyum memikirkan novel saya yang kalah pun dapat diterbitkan. Pihak DBP mahu saya memberi persetujuan akan pindaan yang mereka buat. Saya pun bersetuju. Judul novel saya Cahaya telah ditukar kepada Inah. Saya merasakan tindakan DBP meminda manuskrip saya kerana mahu menyesuaikan isi buku untuk kanak-kanak dengan pembaca di kalangan kanak-kanak. Novel Inah telah dicetak dua kali. Terima kasih tak terhingga kepada DBP.

Hari ini, setelah menunggu 34 tahun, novel yang saya menangi ketika hadiah Sayembara Novel Hari Guru 1976 tidak juga diterbitkan. Saya berasa kecewa dan letih. Saya tidak lagi mengharapkan Keretapi diterbitkan kerana ceritanya mungkin tidak lagi memenuhi cita rasa pembaca di era zaman milinieum ini. Kalau dapat diterbitkan juga, syukur Alhamdulillah.

Di sini, saya meminta jasa baik sesiapa yang menyimpan manuskrip novel Keretapi agar memulangkannya kepada saya kerana saya tidak menyimpan salinannya. Tentu semua orang tertanya-tanya mengapa sampai tiada salinannya. Ketika menulis novel tersebut, saya cuma mencatat di kertas-kertas. Kemudian menaip dengan menggunakan mesin taip berjenama Brother dan saya tidak menggunakan kertas karbon sebagai penduanya kerana mengejar waktu.

Setelah selesai menaip tidak ada waktu pula untuk saya membuat salinan karya saya itu. Manuskrip saya sampai ke meja pengadil sehari sebelum tarikh tutup. Saya sebagai seorang guru selalu memastikan kerja sekolah yang akan saya dahulukan. Ini yang membuatkan saya kelam kabut. Lagipun saya selalu terfikir, kalau karya saya tidak dapat diterbitkan, pihak berkenaan akan mengembalikan manuskrip saya.

Bolehkah manuskrip novel Keretapi saya ditemui semula? Sejarah telah membuktikan dokumen-dokumen penting yang hilang ribuan tahun lalu dapat ditemui semula.

Saya sangat mengharapkan dapat membaca kembali karya Keretapi yang saya tulis 34 tahun lalu. Mungkin, pada ketika anak-anak sudah berjauhan, kesunyian adalah teman sejati. Selain mengisi waktu terluang di usia ini dengan beribadah, saya juga ingin sekali membaca novel hasil karya sendiri. Kasihanilah saya.

Wednesday, May 8, 2013

PEMANGGANG AJAIB



Saya beli pemanggang ajaib kerana nak memasak secara simple dan sihat.. bosan la dinner kat luar hari2.. rekemen sangat untuk orang yang tidak mempunyai maid.. dan bekerja sehingga malam…. Kalau kerja sehingga pukul 6 saje pun, tapi terpaksa menempuh jem seperti saya.. maka belilah alatan memasak yang mudah seperti pemanggang ajaib ini….
Harga pasaran rm168, tapi saya beli dari akak ni, http://qamarezqi.blogspot.com/  dia jual rm150, siap deliver kat opis tanpa sebarang caj lagi…sebelum 24 hours lepas saya tanya dia..pemanggang sudah berada di tangan…mmg efisien.. So apa yg saya buat, sebelum pegi keje dah masa nasi siap2….ikan atau ayam atau daging saya marinate siap2…balik rumah cuma perlu bubuh dalam pemanggang dan time tu la nak solat, ajar anak mengaji, siap2 baju anak utk sekolah esok..siap2 susu malam anak2…ajar anak piano…  sedia pakaian kerja esok…
Terima kasih pemanggan ajaib.

saya kembali berblog

tudia tajuk..
fefeling mcm org menantikan come back...hahahaha..
padahal berblog, diri sendiri jer yang dok baca....
hahahaha...

Lama sungguh tak update blog.
Ingin kembali memblog (walaupun x de follower.. hahahaha)
tujuan berblog:
untuk sekadar mengisi masa yg terluang (banyak lah sangat kan masa terluang... hehehehe)