Tuesday, November 3, 2015

Post yang pertama di tahun 2015


Lamanya aku tak menulis…. Tetiba rasa nak menulis pulak…. Bukan apa.. nanti2 aku dah takde ke…. Boleh la anak2 aku baca…… ceh ceh ceh drama!

Aku menulis utk diri sendiri.. ala2 syok sendiri gitu…. Kdg2 tak de keje aku bukak balik posting lama2 dah baca balik… dan senyum sorang2… kadang2 muntah hijau pun pernah. Kah kah kah.

Sekarang dah masuk November 2015. Satu bulan lagi dah nak masuk 2016. Cepat nya masa berlalu. Banyak update tentang aku yang belum terupdate (macam lah ada orang follow hahaha)..

Aku dah ada 3 anak now.  Yang ketiga baru lahir Julai lalu.  Sekarang dia dah 4 bulan. Alhamdulilah sihat dia.

Aku lalui saat yang sukar masa menjaga dia dalam tempoh pantang.  Parents aku hanya be around masa anak aku 2 weeks.  Atas masalah kesihatan, diaorang balik ke kampong.  Start dari tu aku lah sorang2 yang jaga baby aku dan kakak2 nya.  Agak tough.. agak tough.  Struggle dengan demam bengkak susu, sakit belakang kesan spinal injection, nak uruskan diri sendiri, baby, anak2 lain dan yang paling mencabar, baby suka menangis siang dan malam.  So aku restless.

After 2 months, aku mintak MC tambah selama 2 weeks.  Doctor kasi. So untuk financial year July 15 to Jun 16, aku dah gunakan keseluruhan MC aku. Maklum la MC entitlement kat company aku Cuma 10 hari je L

Aku dapat pembantu ngam2 cuti Maternity Leave habis. So aku ada 2 weeks (masa MC) untuk monitor maid baru aku ni.  Tapi masa dalam 2 weeks, bibik ni dia tak take care sangat baby, dia sibuk buat kerja rumah lain.  Masalah menangis si baby ni masih berlarutan.  Sehari sebelum start kerja, kami panggil Imam Kedua Masjid berdekatan rumah, dia datang baca sikit2… dia dukung baby round satu rumah, masuk semua bilik eh pandai lah pulak baby diam.  Dia percik2 air, dan letak satu liquid yang katanya ada campuran bidara.

Amazingly, kuasa Allah baby dah tak menangis.  Dia tidur pun lama-lama.  Nyenyak tidor dia.  Dia dah okay now.  Meningis sikit2 tu biasalah.  Rindunya pada dia.