Friday, June 14, 2013

Salah?

Adakah tindakan kita bertukar kerja untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, walaupun kita berada di "comfort zone" adalah salah?

Adakah ketika usia kita masih laku di dlm pasaran kerja, dan ketika itu kita terima apa saja offer yang ditawarkan dan meninggalkan position semasa kita adalah salah?

Adakah ketika di tempat kerja sekarang project sedang berjalan, dan pada masa yg sama, tawaran kerja baru dtg, dan kita mengambil keputusan memilih tawaran baru itu, maka kita adalah salah?

Adakah ketika semuanya adalah bagus di tempat kerja sekarang, dan pada masa yang sama kita dapat tawaran kerja yang lebih bagus gajinya, dan kita bertindak meninggalkan tempat kerja sekarang, juga salah??

Hmmmmmm....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 9, 2013

Cara-cara Update Blog Melalui Blackberry / Handphone

Simple:
1. Login to www.blogger.com terus ke your own dashboard

2. Pegi ke Setting >> Mobile and Email
3. Taip apa2 nama di ruangan di bawah, contoh saya letak "cikpuansue".  (Ini akan menjadi email address anda bila nak compose email nanti.)
  

4.  Make sure pilih Publish email Immediately kalau nak dipublish terus lah kan.  Kemudian tekan SAVE.
5.  Di blackberry masing2, mesti dah ada email kan.  So start lah meng compose.  Make sure kat To letak email kat step 3 tadi.  Subject can be anything as tajuk blog anda.  dan taiplah apa2 cerita. dan SEND
6.  Hasil nya : LIHAT LAH DI SINI
SEKIAN TERIMA KASIH

Wednesday, June 5, 2013

Cuti Tahunan 16 hari?!

Valid lagikah cuti tahunan sebanyak 16 hari untuk seorang yang sudah bekeluarga seperti aku.  Jawapan : TIDAK VALID.

Di company yang aku kerja skrg, cuti tahunan adalah sebanyak 26 hari.  Sebagai ibu kepada anak2 yang masih kecil, cuti aku banyak habis untuk sakit demam anak-anak.  Zaman sekarang, kalau demam saje, masuk hospital…kalau dah masuk tu jangan harap la sekejap2…paling cepat 3 hari.  Sejak kes my baby yaya awal tahun 2013, yang demam di bawak ke sepital dan di advise utk warded, but we refuse! Sbb tak nak amik cuti di awal tahun yg mulia. Tapi belum 24 hours, dia mengigil balik, & bawak ke hospital balik.. nah.. ambik kau..kena tahan 12 hari.. 2 days ward biasa… 10 days ICU.. Alhamdulilah yaya sangat sihat sekarang.

So back to main topic, kalau cuti sebanyak 16 hari?!

Cuti raya posa katakanlah minimum ambik 3 hari

Cuti raya haji katakanlah minimum ambik 2 hari

Cuti sepupu sepapat, adik ipar duai kawen katakanlah ambik 2 hari

Cuti emergency katakanlah 5 hari.. sape yg ada anak2 kecik, tak de maid..akan paham keperluan cuti emergency ni, anak batuk2, selsema…nursery pun x nasihat hantar okay… takut jangkit kat budak2 lain…. Tu belum masuk cuti emergency kereta problem ke….

Maka jadilah lah 12 hari….& ada saki baki 4 hari…. Tu belum kira kena ambik cuti hari report card day kat school anak2.

Hmmmmm cuti aku yang 26 hari ni pun, last year, masuk October cuti dah tinggal 0.

Tahun ni setakat hari ni, aku dah cuti 11 hari. Bercuti obersea 5 hari, yang lain2 was emergency leave.  Tahun ni saje anak aku masuk ward dua kali, 1st yaya, 2nd kakak.  Ada 6 bulan lagi sebelum year end.  Cuti raya belum ambik.

Kesimpulannya cuti 16 hari memang tidak sesuai lagi untuk diri aku. Sekian

Tuesday, June 4, 2013

Testing

Testing compose from blackberry

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 3, 2013

ROSKEEN KITCHEN : NASI ARAB

Balik Terengganu baru2 ni aku singgah ke Restoren bapa kawan aku. Lokasi dekat kerteh, bersebelahan Bank Rakyat Kerteh. Tepi jalan nak balik KL jer, memang senang nampak. Alamat yang aku jumpa dari Encik Google:
Restoran Roskeen Kitchen
3 Kampung Baharu
24300 Kerteh Terengganu
Malaysia

Tapi tak susah pun nak cari, jumpa Bank Rakyat Kerteh, maka jumpa lah Restoren Roskeen Kitchen ni. Sebab dia bersebelahan. Kami sampai waktu lunch, so menu yang ada time tu is Nasi Arab. Kalau western, petang baru ada. Disebabkan aku tak de plan pun nak menulis tentang nya dalam blog, so aku tak ambik sangat details yang lain seperti, apa menu2 lain yang ada? Menu western pukul berapa ada? Pukul berapa bukak? Tutup? Yang aku ingat perut aku sgt lapar, so aku order Nasi Arab Kambing dan ia sangat sedap, especially bila daging kambing itu ada lemak2… sangat yummy gitu. Ni gambarnya…
Nasi Arab nya tidak purely Arab, ada sambal lagi. Rasanya nasi Arab ni telah dikacukkan dengan kemelayuan. Bagi aku yang tak berapa gemar rempah2 yang kuat yang ada pada Nasi Arab di sesetengah restoren Arab. Maka aku suka la Nasi Arab Roskeen Kitchen, Kerteh, Terengganu. Harus menjadi tempat persinggahan wajib kalau aku balik Terengganu.