Saturday, September 20, 2008

Anugerah CiptaanNya



"Ya Allah peliharalah kandunganku, sihatkanlah dia. Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, lahirkanlah dia dari kandunganku dengan mudah dan selamat. Jadikanlah dia sihat sempurna, berakal, pandai dan berjaya, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam. AMIN
"

Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah maha Pencipta. Pada 09/09/08 baru2 ini, untuk pertama kali, saya dan husband menyaksikan degupan jantungnya.

Sebelum ini saya buat checkup di salah sebuah klinik di Taipan. Untuk 4 kali visit, saya dan husband tidak berpuashati dengan pemeriksaan yang dibuat oleh doctor muda tersebut. Kenapa saya pilih klinik itu? Cadangan dari beberapa kawan dan jaraknya 5 minit saja dari rumah saya. Sebenarnya doctor yang dikatakan bagus di klinik ini, selalunya tidak bertugas terutamanya di bulan Ramadhan. Susah nak dapatkan waktunya. Jadi saya selalu terpaksa diperiksa oleh "doctor on duty". Doctor ini panggil saya "kakak" lagi. Saya rasa saya ni boleh dikategorikan sebagai muda.. hehehe...coz belum pun cecah 30.. kalau doctor tu boleh panggil saya kakak, maksudnya... Alahai mudanya doctor nie.. Luas sangat ker pengalaman dia mengenai "pragnancy"? Bagi ubat, consult cikit2.. Dan charges nya mahai pulak tu. Dah ler company saya dan husband tak cover pre-natal.

Kali terakhir di klinik taipan, esoknya husband saya membuat keputusan untuk tukar tempat follow up di Subang Jaya Medical Center (SJMC) dengan Dato' Doctor Siti Zaliha, Pakar Obstrecian/Gynaecology. She is a nice lady. Friendly. Sejak pertama kali checkup, saya dan husband dapat consultation yang baik. Dan macam-macam pemeriksaan doctor lakukan pada saya. Saya pun tak blur sangat dan pertama kali, saya dan husband dapat melihat degupan jantung baby ini. Berbanding di klinik sebelumnya, "doctor on duty" tu pulak tanya saya "akak nak scan tak?" "akak nak buat blood test tak?" Come on la.. This is my first baby, how do I know what are the procidures should be done on me? Must I decide for you, what have to do? Apapun apa yang lepas dah lepas, husband pun kerja kat SJMC dan saya pun InsyaAllah akan bersalin di SJMC, jadi eloklah terus saja buat follow up di sini.

Mencecah 3 bulan ini, saya mengalami beberapa ketidakselesaan.
1. Rasa loya dan muntah-muntah tidak kira masa dan tempat.
2. Tidak mampu berpuasa.
3. Hilang selera makan.
4. Mood yang tidak menentu (selalunya mood tak baik)
5. Mudah sensitif.
6. Sering mengantuk.
7. Semput.
8. Cepat rasa marah.
9. Cepat letih.
10. Tak mampu nak berjalan-jalan seperti biasa.

Namun, ini adalah lumrah yang perlu saya tempuhi. Datang bersama pakej baby ini. Alhamdulillah syukur kepada Nya. Syukur juga kerana husband memahami keadaan saya.

1 comment:

Anonymous said...

congrats!!