Sunday, February 25, 2007

Paku di Dinding...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab bapanya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu bapanya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini."
"Kita boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, seberapa kali pun kita memohon maaf dan menyesal atas perbuatan itu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

11 comments:

Anonymous said...

Forgiveness is the healing of wounds caused by another. You choose to let go of a past wrong and no longer be hurt by it. Forgiveness is a strong move to make, like turning your shoulders sideways to walk quickly on a crowded sidewalk. It's your move.

Unknown said...

Kemaafan merupakan dendam yang terindah... berkata-kata memang lebih mudah dari melaksanakan sebab untuk melaksanakannya perlukan kekuatan yang bukan sedikit... apa pun,tanamkan dalam hati kekuatan tu...insya Allah, moga-moga hati akan lebih mudah memaafkan...

cikpuansue said...

Thanx for that ai... it's just me.. i'm d only one who feel the hurt anyway.. :)

cikpuansue said...

uiks mus..boring ke jengah2 kat blog i nie...ahaks..

Anonymous said...

boring aaa, hang tak mau chat dgn aku lagi.... aparaaa. mai la chat dgn aku balik..

cikpuansue said...

tak de apa lagi untuk di chat kan musfaizal mustafa.

hang kan ramai kawan2 untuk di chat kan..

sapelah aku nie.

uhuk.. uhuk...

Anonymous said...

saja ja, hang ni pun..marah kat org lain dgn aku skali dapat saham

cikpuansue said...

baguih la hg dapat saham.. congrats.. minat sungguh hg ni kat aku no..hehehe...

Anonymous said...

huh. tak pa.....kat memang suka keji aku......

cikpuansue said...

eh.. eh.. sarah dah pandai surf blog...teranya...

Anonymous said...

hehe..budak sekolah jenan tu pergunakan ko jer..dari dulu..ko yang tak sedar su..anyway, u shud carry on ur beatiful life..apa2 pun jgn lupa kan teman no...