Bapa ku seorang guru. Dah pencen pun pada 1999. So tahun ini sudah 14 tahun bapa ku pencen sebagai seorang guru. Pagi-pagi lagi orang pertama yang aku wish hari guru adalah untuk bapa ku. Aku sms, beliau reply “terima kasih, teringat hari guru 1977, menang hadiah novel RM500, tapi sayang sampai sekarang novel tu tidak dikeluarkan”
Bapa aku seorang yang suka membaca dan menulis. Dia penah menghasilkan beberapa cerpen & novel dan ada 2 telah diterbitkan iaitu “ooooo ani sayang” dan “inah”. “OO ani sayang” aku tak penah baca sebab ejaan bahasa nya sangat lama…lagi pun buku tu agak usang…untuk orang yang malas membaca ni memang tak kan baca la…& buku satu lagi nama nya “Inah”. Yang ni lebih kepada cerpen kanak2….yg ni ejaan bahasa dah moden.
Bapa aku ada buat satu novel lagi namanya “keretapi”. Novel ni la yang dia menang hadiah saguhati RM500 pada hari guru 1977, ketika tu umur bapa 33 tahun. Tapi sayang buku itu tak diterbitkan, dan bapaku tidak ada salinan transkrip novel tu. So karya dia hilang begitu sahaja. Bapa penah luah kan kekecewaannya itu di dalam surat khabar ruangan Forum Utusan.
Baca kat sini
Sempana Hari Guru, saya nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di dunia. Dan guru terbaik yang pernah saya kenali adalah bapa sendiri iaitu cikgu Ahmad Bin Ibrahim. Hehehe angkat bapa sendiri.. tapi x pe kan.... bapa sangat rajin bekerja.. balik sekolah, banyak betol kerja bapak. periksa buku, buat ABM, buat ringkasan. Prepare untuk latihan untuk students. Zaman bapa tak guna komputer. Semua buat manual. Aku ingat lagi bapa guna carbon copy (apa ntah nama saintifiknya) dengan menggunakan pen yg tajam untuk buat soalan2 latihan untuk students dia. kadang2 bapa guna type writer. So rumah kami kalau malam dengar bunyi ketuk ketak typewriter tu adalah biasa.
Sempena Hari guru ini jugak, aku ucapkan terima kasih kepada guru anak-anak aku yang telah mengajar dan mendidik anak-anak aku. Walaupun depa baru 3 & 4 tahun, guru2 mereka jugak wajar dihargai. Sempena hari guru, aku belikan hadiah ini kepada 8 cikgu + pengetua anak-anak aku.
dah siap bungkus
SELAMAT HARI GURU. GURU ADALAH PEKERJAAN YANG MULIA. SEMOGA SEMUA GURU2 MENDAPAT REZEKI YANG BANYAK DARI ALLAH SWT. AMIN
Thursday, May 16, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Petua Murah Rezeki dan Cepat Kaya
DOA MURAH REZEKI DAN CEPAT KAYA
"INNA HAAZA,LARIZQUNA MAA LAHU
MIN NAFAD"
Saya ada ternampak doa ini di share kan di salah seorang fb friend saya. Ayat ke 54 dari surah Shad. Semoga Allah banyakkan rezeki kawan saya yang share informasi ini. Ia bagus diamalkan untuk mendapat rezeki dan untuk cepat kaya. Nawaitu untuk menerima rezeki itu haruslah baik seperti ingin mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, ingin memulia dan membahagiakan keluarga dan macam2 lagi niat yang mulia. Paling penting ingin mengeluarkan zakat dan membantu fakir miskin. Mari kita sama-sama amalkan. Lepas solat zikir subhanallah + allhuakbar + alhamdulilah + astagfirullah 33 kali. Lepas habis zikir, baca doa ini 33 kali jugak.
Semoga terus dikongsikan dan menjadi amalan kita semua.
Sunday, May 12, 2013
Luahan Rasa Seorang Guru iaitu bapa saya
Berikut adalah luahan kekecewaan bapa ku di ruangan utusan Malaysia. Aku kena simpan dalam blog aku sebagai kenangan. Mana tau utusan dah delete archive artikel ni.
Source:
Rintihan
hampa seorang guru
AHMAD IBRAHIM
Kuala Kedah, Kedah
Kuala Kedah, Kedah
Umum tahu 16 Mei setiap tahun adalah
Hari Guru. Saya sendiri sudah 12 tahun bersara sebagai guru.
Saya teringat sambutan Hari Guru
tahun 1977. Sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Dewan Tunku Canselor,
Universiti Malaya. Tiga atau empat hari sebelum tarikh tersebut, saya menerima
sepucuk telegram daripada Jawatankuasa Sayembara Mengarang Novel Hari Guru
1976, menjemput saya ke majlis penyampaian hadiah di Dewan Tunku Canselor
kerana karya saya berjaya memenangi salah satu hadiah tersebut.
Walaupun saya hanya mendapat hadiah
sagu hati, saya rasa amat gembira, berbaloi penat lelah saya selama lebih
kurang enam bulan menghasilkan karya saya berjudul Keretapi. Sesuai
dengan judul novel, saya membawa isteri dan anak yang ketika itu berusia lima
tahun menaiki kereta api dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.
Apabila sampai ke Dewan Tunku
Canselor, saya dan lima pemenang lagi disambut oleh seorang petugas. Dibisikkan
kepada saya bahawa di kalangan pemenang sagu hati, novel Keretapi adalah
yang terbaik. Malah dibisikkan ia dicadang dijadikan buku teks sastera
tingkatan tiga.
Saya hanya tersenyum. Saya tidak
yakin novel saya akan terpilih. Novel saya hanya novel kanak-kanak. Kisah dalam
novel itu hanya kisah biasa sahaja. Lagipun saya seorang penulis yang langsung
tidak dikenali. Ketika itu saya hanya menulis dua buah buku, sebuah novel
kanak-kanak dan sebuah kumpulan cerpen kanak-kanak terbitan Saudara Sinaran
Berhad Pulau Pinang terbitan tahun 1967, sepuluh tahun terdahulu dari tarikh
Hari Guru 1977.
Pemenang-pemenang hadiah utama iaitu
Saudara Baharudin CD, Abd. Talib Hassan dan Ibrahim Omar adalah penulis-penulis
yang sudah terkenal pada masa itu. Novel Desa Pingitan karya Ibrahim
Omar telah pun dijadikan teks Sastera tingkatan lima. Tentu novel-novel mereka
lebih berpeluang menjadi buku teks sastera bagi kelas seperi tingkatan tiga.
Cukuplah novel saya menjadi buku bacaan di perpustakaan sekolah, saya terfikir.
Hari itu kami menerima hadiah
masing-masing daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang
ketika itu menjadi Menteri Pelajaran. Masa itu hadiah tidaklah besar, hadiah
utama RM3,000, RM2,000 dan RM1,000. Pemenang hadiah saguhati hanya menerima
RM500 sahaja. Saya rasa sangat gembira bukan kerana RM500 tetapi mengenangkan
tak berapa lama lagi saya akan melihat novel Keretapi di kedai-kedai
buku termasuklah melihat novel itu di perpustakaan di sekolah tempat saya
mengajar.
Tidak berapa lama kemudian, novel-novel
yang mendapat hadiah utama diterbitkan. Saya membeli ketiga-tiga buah novel
tersebut. Saya menunggu penerbitan novel saya pula. Tunggu punya tunggu tidak
juga diterbitkan. Saya menulis di akhbar Utusan Malaysia, bertanyakan
hal ini tetapi tidak mendapat reaksi dari mana-mana pihak. Saya amat kecewa.
Kemudian, saya menyertai Peraduan
Menulis Novel Kanak-Kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya tidak
memenangi sebarang hadiah. Saya berasa sedikit terkejut apabila DBP menghubungi
saya mengatakan bahawa pihak DBP akan menerbitkan novel saya berjudul Cahaya
dengan sedikit pindaan.
Saya tersenyum memikirkan novel saya
yang kalah pun dapat diterbitkan. Pihak DBP mahu saya memberi persetujuan akan
pindaan yang mereka buat. Saya pun bersetuju. Judul novel saya Cahaya
telah ditukar kepada Inah. Saya merasakan tindakan DBP meminda manuskrip
saya kerana mahu menyesuaikan isi buku untuk kanak-kanak dengan pembaca di
kalangan kanak-kanak. Novel Inah telah dicetak dua kali. Terima kasih
tak terhingga kepada DBP.
Hari ini, setelah menunggu 34 tahun,
novel yang saya menangi ketika hadiah Sayembara Novel Hari Guru 1976 tidak juga
diterbitkan. Saya berasa kecewa dan letih. Saya tidak lagi mengharapkan
Keretapi diterbitkan kerana ceritanya mungkin tidak lagi memenuhi cita rasa
pembaca di era zaman milinieum ini. Kalau dapat diterbitkan juga, syukur
Alhamdulillah.
Di sini, saya meminta jasa baik
sesiapa yang menyimpan manuskrip novel Keretapi agar memulangkannya
kepada saya kerana saya tidak menyimpan salinannya. Tentu semua orang
tertanya-tanya mengapa sampai tiada salinannya. Ketika menulis novel tersebut,
saya cuma mencatat di kertas-kertas. Kemudian menaip dengan menggunakan mesin
taip berjenama Brother dan saya tidak menggunakan kertas karbon sebagai
penduanya kerana mengejar waktu.
Setelah selesai menaip tidak ada
waktu pula untuk saya membuat salinan karya saya itu. Manuskrip saya sampai ke
meja pengadil sehari sebelum tarikh tutup. Saya sebagai seorang guru selalu
memastikan kerja sekolah yang akan saya dahulukan. Ini yang membuatkan saya
kelam kabut. Lagipun saya selalu terfikir, kalau karya saya tidak dapat
diterbitkan, pihak berkenaan akan mengembalikan manuskrip saya.
Bolehkah manuskrip novel Keretapi
saya ditemui semula? Sejarah telah membuktikan dokumen-dokumen penting yang
hilang ribuan tahun lalu dapat ditemui semula.
Saya sangat mengharapkan dapat
membaca kembali karya Keretapi yang saya tulis 34 tahun lalu. Mungkin,
pada ketika anak-anak sudah berjauhan, kesunyian adalah teman sejati. Selain
mengisi waktu terluang di usia ini dengan beribadah, saya juga ingin sekali
membaca novel hasil karya sendiri. Kasihanilah saya.
Labels:
bapa,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
forum utusan malaysia,
guru
Wednesday, May 8, 2013
PEMANGGANG AJAIB
Saya beli pemanggang ajaib kerana nak memasak secara simple
dan sihat.. bosan la dinner kat luar hari2.. rekemen sangat untuk orang yang
tidak mempunyai maid.. dan bekerja sehingga malam…. Kalau kerja sehingga pukul
6 saje pun, tapi terpaksa menempuh jem seperti saya.. maka belilah alatan memasak
yang mudah seperti pemanggang ajaib ini….
Harga pasaran rm168, tapi saya beli dari akak ni, http://qamarezqi.blogspot.com/ dia jual rm150, siap deliver kat opis tanpa
sebarang caj lagi…sebelum 24 hours lepas saya tanya dia..pemanggang sudah
berada di tangan…mmg efisien.. So apa yg saya buat, sebelum pegi keje dah masa
nasi siap2….ikan atau ayam atau daging saya marinate siap2…balik rumah cuma perlu
bubuh dalam pemanggang dan time tu la nak solat, ajar anak mengaji, siap2 baju
anak utk sekolah esok..siap2 susu malam anak2…ajar anak piano… sedia pakaian kerja esok…
Terima kasih pemanggan ajaib.
saya kembali berblog
tudia tajuk..
fefeling mcm org menantikan come back...hahahaha..
padahal berblog, diri sendiri jer yang dok baca....
hahahaha...
fefeling mcm org menantikan come back...hahahaha..
padahal berblog, diri sendiri jer yang dok baca....
hahahaha...
Lama sungguh tak update blog.
Ingin kembali memblog (walaupun x de follower.. hahahaha)
tujuan berblog:
untuk sekadar mengisi masa yg terluang (banyak lah sangat kan masa terluang... hehehehe)
Subscribe to:
Posts (Atom)