Lamanya aku
tak menulis…. Tetiba rasa nak menulis pulak…. Bukan apa.. nanti2 aku dah takde
ke…. Boleh la anak2 aku baca…… ceh ceh ceh drama!
Aku menulis
utk diri sendiri.. ala2 syok sendiri gitu…. Kdg2 tak de keje aku bukak balik
posting lama2 dah baca balik… dan senyum sorang2… kadang2 muntah hijau pun
pernah. Kah kah kah.
Sekarang
dah masuk November 2015. Satu bulan lagi dah nak masuk 2016. Cepat nya masa
berlalu. Banyak update tentang aku yang belum terupdate (macam lah ada orang
follow hahaha)..
Aku dah ada
3 anak now. Yang ketiga baru lahir Julai
lalu. Sekarang dia dah 4 bulan.
Alhamdulilah sihat dia.
Aku lalui
saat yang sukar masa menjaga dia dalam tempoh pantang. Parents aku hanya be around masa anak aku 2
weeks. Atas masalah kesihatan, diaorang
balik ke kampong. Start dari tu aku lah
sorang2 yang jaga baby aku dan kakak2 nya.
Agak tough.. agak tough. Struggle
dengan demam bengkak susu, sakit belakang kesan spinal injection, nak uruskan
diri sendiri, baby, anak2 lain dan yang paling mencabar, baby suka menangis
siang dan malam. So aku restless.
After 2
months, aku mintak MC tambah selama 2 weeks.
Doctor kasi. So untuk financial year July 15 to Jun 16, aku dah gunakan
keseluruhan MC aku. Maklum la MC entitlement kat company aku Cuma 10 hari je L
Aku dapat
pembantu ngam2 cuti Maternity Leave habis. So aku ada 2 weeks (masa MC) untuk
monitor maid baru aku ni. Tapi masa
dalam 2 weeks, bibik ni dia tak take care sangat baby, dia sibuk buat kerja
rumah lain. Masalah menangis si baby ni
masih berlarutan. Sehari sebelum start
kerja, kami panggil Imam Kedua Masjid berdekatan rumah, dia datang baca sikit2…
dia dukung baby round satu rumah, masuk semua bilik eh pandai lah pulak baby
diam. Dia percik2 air, dan letak satu
liquid yang katanya ada campuran bidara.
Amazingly,
kuasa Allah baby dah tak menangis. Dia
tidur pun lama-lama. Nyenyak tidor dia. Dia dah okay now. Meningis sikit2 tu biasalah. Rindunya pada dia.